China berhasrat jadi pasukan terkemuka

China berhasrat jadi pasukan terkemuka

BEIJING, 12 April (Xinhua) – Bola sepak China dijangka akan lebih dekat untuk bersama pasukan-pasukan hebat dunia menjelang 20150, menurut pelan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Perubahan Negara China kelmarin.

Menurut pelan bagi pembangunan jangka panjang bagi bola sepak China itu, pertumbuhan sukan itu akan melalui tiga fasa.

Pertama, pendanaan bagi sukan itu akan dibentangkan menjelang 2020.

“Keperluan orang bagi sukan itu perlu dipenuhi, sama ada ia diperlukan bagi padang, masa atau dana,” menurut notis itu.

“Pembangunan bola sepak akan dipercepatkan di sekolah-sekolah. Jumlah sekolah-sekolah yang berkemahiran dalam bola sepak akan mencecah 20,000 dan akan ada lebih 30 juta pelajar sekolah rendah dan menengah yang sering bermain bola.”

Dalam fasa kedua pula yang akan bermula antara 2021 dan 2030, China berharap bola sepak sudah membangun menjadi satu sukan dengan asas-asas yang kukuh dan menjadi “enjin penting dalam industri sukan” sementara pasukan lelaki kebangsaan megah di Asia dan pasukan wanita kembali menjadi kuasa utama di dunia.

Pada fasa ketiga yang menjangkau dalam 20 tahun akan datang, negara yang paling ramai penduduk itu akan “melakukan apa sahaja untuk merealisasikan matlamat-matlamat untuk menjadi negara bola sepak berprestij dan pembangunan semua arah bagi bola sepak China.”

ARTIKEL YANG SAMA