China beri amaran kepada Filipina

China beri amaran kepada Filipina

BEIJING, 10 Mei (Xinhua) – China tidak akan ‘membuli’ negara-negara kecil, juga tidak akan bertolak ansur dengan ‘peras ugut’ berhubung isu Laut China Selatan, menurut seorang jurucakap Kementerian Luar di sini semalam.

Jurucakap Lu Kang membuat kenyataan itu pada taklimat media harian dalam respons kepada dakwaan bahawa Filipina memulakan penimbang tara disebabkan kekuatan sangat tidak rata kedua-dua negara yang tidak membolehkan untuk menyelesaikan pertikaian pembatasan maritim dengan China menerusi dialog.

“Pertikaian seumpama itu mengelirukan betul dan salah dan mengingatkan kita tentang teori yang digelar teori kesalahan asal kuasa-kuasa besar’, kata Lu. Dengan menyifatkan retorik ‘jelas’ dari mereka yang cuba memburuk-burukkan China,” Lu berkata logik di sebalik retorik ialah ‘sebuah negara kuat akan mencari pengaruh.”

China tidak berganjak pada laluan perkembangan keamanan dan mengikut dasar pertahanan negara iaitu mempertahankan dalam semula jadi, kata Lu. China berterusan membina hubungan baik berjiran dan perkongsian dengan jiran-jirannya dan dalam menyelesaikan pertikaian menerusi dialog dan rundingan,” ujarnya lagi.

Sejak penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949, China telah berjaya menyelesaikan isu-isu sempadan dengan 12 dari 14 negara jiran daratnya melalui rundingan mengikut fakta sejarah, berdasarkan norma-norma undang-undang antarabangsa, katanya lagi.

Keseluruhan panjang sempadan yang ditandakan dan digariskan telah mencapai 20,000 kilometer yang diperkira 90 peratus jumlah sempadan daratan China, tambahnya lagi. Satu lagi contoh ialah China dan Vietnam telah menggariskan sempadan maritim di Teluk Beibu melalui rundingan, ujar Lu lagi.

China menyedari tanggung jawabnya dan obligasi untuk melindungi keamanan dan kestabilan serantau, menurut Lu. Dengan menekankan bahawa China telah menangani isu Laut China Selatan dengan cara membina, Lu berkata ruang bagi dialog sentiasa terbuka.

ARTIKEL YANG SAMA