China beri amaran serangan ransomware terbaru

BEIJING, 18 Mei – China menggesa pengguna Windows untuk melindungi komputer mereka terhadap virus ransomware baru serupa dengan bug WannaCry yang mendatangkan keburukan di seluruh dunia minggu lalu.

‘UIWIX’ menyulitkan dan menamakan semula fail melalui pepijat dalam sistem operasi Windows, Pusat Tindak Balas Kecemasan Virus Komputer Kebangsaan China (CVERC) memberi amaran dalam pengumuman awam kelmarin, memberitahu pengguna untuk menggunakan kemas kini Microsoft yang terbaru.

Amaran itu datang selepas serangan siber ‘WannaCry’ yang telah melanda ratusan ribu komputer di seluruh dunia.

Walaupun tiada jangkitan UIWIX masih belum dikesan di China, virus telah merebak di negara-negara lain dan mendorong amaran keselamatan minggu lepas dari syarikat keselamatan siber Denmark Heimdal

China telah memberi amaran kepada pengguna Windows untuk melindungi komputer masing-masing akan virus ransomware terbaru yang boleh menjejaskan komputer peribadi seperti mana dilakukan ‘WannaCry’. – AP
China telah memberi amaran kepada pengguna Windows untuk melindungi komputer masing-masing akan virus ransomware terbaru yang boleh menjejaskan komputer peribadi seperti mana dilakukan ‘WannaCry’. – AP

“UIWIX ransomware sedang meningkat dan boleh merebak dengan cepat,” kata firma itu dalam satu kenyataan.

Tetapi penganalisis lain telah mengambil perhatian bahawa UIWIX nampaknya merebak pada kadar yang lebih perlahan.

Firma keselamatan siber global Proofpoint memberi amaran kelmarin serangan siber lainnya dalam skala besar, serangan tersembunyi yang bersangkut paut dengan ‘WannaCry’ yang dipanggil Adylkuzz. – AFP