China beri isyarat tiada pengunduran tentera

China beri isyarat tiada pengunduran tentera

BEIJING, 23 Feb (Reuters) – Penghantaran tentera China di Laut China Selatan adalah tidak berbeza daripada penghantaran AS di Hawaii, kata Kementerian Luar China semalam, mencetuskan nada yang suka bertarung sebelum satu lawatan oleh Menteri Luar Wang Yi ke Amerika Syarikat pada minggu ini.

Amerika Syarikat minggu lalu menuduh China menambah ketegangan di Laut China Selatan dengan penghantaran peluru berpandu permukaan bumi ke udara di sebuah pulau yang dipertikaikan, satu tindakan yang tidak disah atau dinafikan oleh China.

Ketika ditanya sama ada Laut China Selatan, dan peluru berpandu, akan dikemukakan apabila Wang berada di Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Setiausaha Negara John Kerry, jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying berkata Washington tidak harus menggunakan isu kemudahan tentera di pulau sebagai satu ‘dalih untuk membuat kecoh.’

“AS tidak terbabit dalam perbalahan Laut China Selatan, dan ia tidak harus menjadi satu masalah di antara China dan Amerika Syarikat,” beritahu Hua kepada satu taklimat akhbar harian.

Imej satelit yang diambil pada 14 Februari 2016 menunjukkan Pulau Woody, iaitu sebuah pulau di Laut China Selatan yang diduduki oleh China dan dituntut oleh beberapa negara-negara lain. – Reuters
Imej satelit yang diambil pada 14 Februari 2016 menunjukkan Pulau Woody, iaitu sebuah pulau di Laut China Selatan yang diduduki oleh China dan dituntut oleh beberapa negara-negara lain. – Reuters

Jurucakap Jabatan Negara AS Mark Toner berkata Amerika Syarikat akan “mendesak China supaya menghentikan kegiatan penenteraannya” di Laut China Selatan. Toner berkata “aktiviti penenteraan” China hanya akan mempertingkat ketegangan, dan menambah: “Perlu adanya satu mekanisme diplomatik yang membenarkan tuntutan wilayah berkenaan diselesaikan dalam cara aman.”

Wang dbertemu dengan Kerry kelmarin. Rundingan mereka juga akan termasuk respon pihak antarabangsa terhadap ujian nuklear dan pelancaran roket Korea Utara baru-baru ini, keselamatan siber dan perubahan iklim, beritahu Toner pada taklimat media.

China berharap AS menunaikan janjinya yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam perbalahan dan berhenti ‘memperbesar-besarkan’ isu dan ketegangan berkenaan, terutamanya mengenai kedudukan tentera ‘terhad’ China di sana, kata beliau.

ARTIKEL YANG SAMA