China ‘beri tumpuan’ isu pesawat pengintip AS

China ‘beri tumpuan’ isu pesawat pengintip AS

BEIJING, 9 Dis – Tentera China sedang “memberikan tumpuan” ke atas satu perjanjian di antara Amerika Syarikat dan Singapura untuk mengerahkan pesawat pengintip AS, P8 Poseidon ke negara kota itu dan berharap tindakan itu tidak menjejaskan kestabilan serantau, menurut kementerian pertahanan.

“Kami sedang memberi perhatian kepada bagaimana relevannya perkembangan keadaan itu, dan berharap kerjasama pertahanan dua hala di antara negara relevan memberi faedah kepada keamanan dan kestabilan serantau dan bukan sebaliknya,” kata kementerian dalam satu kenyataan ringkas lewat semalam.

Kementerian Luar China, yang berselisih faham dengan Washington mengenai Laut China Selatan, berkata semalam tindakan itu bertujuan menjadikan rantau tersebut sebagai pangkalan tentera.

Dalam satu kenyataan bersama selepas satu mesyuarat di Washington pada Isnin lepas, Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter dan Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen mengalu-alukan penghantaran pesawat udara di Singapura dari 7 hingga 14 Disember.

Seorang pegawai pertahanan AS berkata penghantaran selanjutnya di Singapura mungkin dijangkakan.

Gambar fail menunjukkan pesawat pengintip AS, P8 Poseidon.
Gambar fail menunjukkan pesawat pengintip AS, P8 Poseidon.

Tindakan itu diambil pada masa ketegangan yang meningkat di Laut China Selatan.

China menuntut hampir kesemua perairan yang kaya dengan minyak itu, di mana perniagaan laut berjumlah AS$5 trilion melaluinya setiap tahun. Filipina, Negara Brunei Darussalam, Vietnam, Malaysia dan Taiwan mempunyai tuntutan bertindan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA