China berikan sokongan kepada Hong Kong

China berikan sokongan kepada Hong Kong

BEIJING, 12 Feb – Kerajaan pusat China memberikan sokongan padu terhadap pihak berkuasa Hong Kong dan polis dalam mengukuhkan keamanan dan menghukum mereka yang melanggar undang–undang, kata kementerian luar dalam reaksi pertama Beijing terhadap rusuhan di Hong Kong awal minggu ini.

Enam puluh empat orang telah ditahan berhubung kait dengan keganasan pada Isnin lalu, hari pertama percutian Tahun Baru China. Penunjuk perasaan membaling batu bata kepada polis dan membakar tong–tong sampah di Mong Kok, kejiranan kelas bekerja yang berada berseberangan dengan pelabuhan dari pusat kewangan Asia itu. Kementerian luar China berkata dalam kenyataan lewat semalam bahawa Hong Kong adalah masyarakat yang dipimpin oleh undang–undang.

“Kerajaan pusat China percaya dan memberikan sokongan padu terhadap kerajaan Hong Kong dan polis yang mengawal keselamatan sosial, melindungi penduduk–penduduk Hong Kong dan harta benda mereka, dan menghukum segala aktiviti yang tidak sah dan jenayah menurut undang–undang,” menurut kenyataan itu.

Polis melepaskan dua tembakan amaran ke udara, yang hampir tidak dapat didengarkan dalam bekas jajahan British yang berpindah ke pemerintahan China pada 1997 dan digambarkan salah satu bandar raya paling selamat di Asia. Lebih dari 130 orang cedera dalam perbalahan itu.

Keganasan meletakkan kedudukan yang sukar sejak “Pendudukan Pusat” pergerakan yang pro demokrasi lewat 2014 yang menyaksikan beribu penunjuk perasaan menghalang jalan–jalan raya utama, termasuk di Mong Kok, untuk meminta pemimpin Komunis Beijing membenarkan demokrasi penuh di bandar raya itu.

Antara pesalah-pesalah yang ditangkap berhubung kait dengan keganasan pada Isnin lalu. – Reuters
Antara pesalah-pesalah yang ditangkap berhubung kait dengan keganasan pada Isnin lalu. – Reuters

Tig puluh tujuh orang didakwa semalam kerana menyertai “rusuhan”. Tiga lagi dihadapkan ke mahkamah hari ini, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun. Di luar dewan mahkamah, beberapa penyokong dari defendan berbalah dengan sekumpulan lelaki yang memegang pemidang membidas keganasan pada Isnin lalu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA