China berkempen rancakkan pelancongan Tibet

China berkempen rancakkan pelancongan Tibet

NYINGCHI, China, 18 Sept – China telah melancarkan sebuah hotel baru sebagai sebahagian daripada kempen untuk mendapatkan berpuluh juta pelancong untuk melawat Tibet, walaupun selepas pengkritik berkata usaha tersebut akan beransur-ansur menghakis budaya tempatan.

Dengan presidential suite berharga $1,000 satu malam dan pemandangan atas pergunungan Himalaya yang dilitupi salji, hotel mewah Artel itu merupakan simbol pelan China untuk wilayah autonomi itu.

Pegawai pelancongan berharap dapat melihat jumlah pelawat meningkat sebanyak hampir 50 peratus dalam empat tahun akan datang, kata Wang Songping, penolong pengarah Suruhanjaya Kemajuan Pelancongan Tibet.

“Tibet menarik empat juta pelancong China pada 2005. Kami berharap kami akan mendapat 24 juta pada tahun ini dan 35 juta pada tahun 2020,”kata beliau.

Pengkritik berkata kemasukan pelancong akan mendorong lebih ramai penduduk kumpulan etnik Han China menetap di Tibet dan menghakis cara hidup asli Tibet, dab berkata kebanyakan faedah ekonomi pelancongan besar-besaran tidak akan disalurkan kepada penduduk tempatan.

Gambar fail bertarikh 13 September memperlihatkan seorang wanita berdiri dalam dapur hotel di Zhaxiging, berhampiran Nyingchi di Tibet. Pegawai pelancongan Tibet berharap dapat melihat pertambahan jumlah pelancong kepada 50 peratus dalam masa empat tahun akan datang. – AFP
Gambar fail bertarikh 13 September memperlihatkan seorang wanita berdiri dalam dapur hotel di Zhaxiging, berhampiran Nyingchi di Tibet. Pegawai pelancongan Tibet berharap dapat melihat pertambahan jumlah pelancong kepada 50 peratus dalam masa empat tahun akan datang. – AFP

Angka rasmi menunjukkan penduduk Tibet buat masa sekarang membantuk 90 peratus daripada penduduk tempatan, namun kumpulan yang menentang pemerintahan China berkata angka sebenar adalah lebih rendah.

Beijing berkata ia “membebaskan Tibet secara aman” pada 1951 dan menegaskan ia telah membawa kemajuan kepada rantau yang mundur sebelum itu di mana hamba tuan tanah dieksploitasi.

Namun ramai penduduk Tibet menuduh Beijing menindas agama mereka, menjejaskan kebudayaan dan mengeksploitasi sumber asli mereka untuk memberi faedah kepada penduduk Han dengan mengorbankan penduduk tempatan dan alam sekitar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA