China bidas lawatan isteri Shinzo Abe

China bidas lawatan isteri Shinzo Abe

BEIJING, 21 Ogos (AFP) – China hari ini membidas Jepun selepas isteri Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menziarahi Tanah Perkuburan Yasukuni Tokyo yang berkontroversi, dengan mengatakan negara itu seharusnya ‘benar-benar merenung’ sejarah serangannya.

Akie Abe telah menziarahi perkuburan itu Selasa lalu di tengah Tokyo yang memuliakan memori mereka yang terkorban dalam perang Jepun sejak abad ke-19, termasuklah lebih dari puluhan penjenayah perang disabitkan dengan kesalahan oleh Tribunal Ketenteraan Antarabangsa bagi Timur Jauh selepas peperangan.

Dalam reaksi satu perkataan, jurucakap wanita kementerian Hua Chu-nying berkata bahawa Jepun gagal menerima masa lalunya.

“Jepun seharusnya dengan serius betul-betul melihat sejarah lampau serangannya dan benar-benar merenungkannya, betul-betul mengasingkan dirinya dari fahaman ketenteraan masa itu, membuat lebih banyak usaha yang akan membantu meningkatkan saling mempercayai dan mencapai perdamaian dengan negara-negara jiran di Asia,” katanya dalam kenyataan yang dimasukkan ke dalam laman sesawang kementerian luar.

Abe memasukkan gambar-gambar di lamannya di Facebook Selasa lalu ekoran ziarah ke perkuburan itu.

“Saya merasa berbeza tentang Yasukuni selepas penziarahan ke Chiran,” dia menulis, dengan merujuk kepada pangkalan bagi perang Dunia II “Kamikaze” atau misi bunuh diri, juruterbang.

Shinzo Abe sendiri menjauhi Yasukuni tetapi beberapa anggota kabinet beliau menziarahinya Sabtu lalu, pada ulang tahun ke-70 Jepun menyerah kalah pada Perang Dunia II.

Sehari sebelumnya beliau telah mengeluarkan kenyataan yang diawasi secara dekat tentang perang, yang menurut China dan Korea Selatan tidak menyamai permohonan maaf teratur bagi serangan Tokyo.

Pandangan tentang peperangan dan puncanya dan juga pertikaian wilayah maritim yang telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi penghalang besar kepada hubungan biasa antara China dan Jepun dua ekonomi terbesar Asia.

Wanita pertama Jepun masih sebahagian besarnya dibayangi kehidupan awam, tetapi telah secara terbuka tidak bersetuju dengan suaminya tentang isu-isu dasar tertentu pada masa lalu, termasuklah pendiriannya tentang tenaga nuklear selepas krisis Fukushima.

ARTIKEL YANG SAMA