China bina 2 kapal induk

China bina 2 kapal induk

TAIPEI, 3 Sept (Reuters) – China sedang membina dua kapal induk pesawat udara yang mempunyai saiz yang sama dengan satu-satunya kapal induk pesawat udara, kapal era Soviet yang diubah suai seberat 60,000 tan, menurut laporan Kementerian Pertahanan Taiwan baru mengenai keupayaan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).

Tidak banyak yang diketahui mengenai program kapal induk pesawat udara China, yang merupakan rahsia kerajaan, walaupun media negeri China telah memberi petunjuk kapal baru sedang dibina.

Pentagon, dalam satu laporan pada awal tahun ini, berkata Beijing mungkin membina beberapa kapal induk pesawat udara dalam tempoh 15 tahun akan datang. Salah sebuah kapal baru sedang dibina di Shanghai dan yang lainnya di bandar timur laut Dalian, kata laporan Taiwan, yang diperoleh oleh Reuters. Ia tidak memberikan anggaran bila pembinaan akan siap.

Kementerian Pertahanan China tidak menjawab satu permintaan untuk memberi komen. China sedang meraikan cuti tiga hari untuk memperingati kemenangan ke atas Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Taiwan berkata butir-butir mengenai program kapal induk pesawat udara diperoleh daripada unit risikan kementerian. Beliau enggan memberikan butir lanjut mengenai laporan itu, yang dihantar ke parlimen pada minggu ini.

Agensi risikan Taiwan mengawasi ketat perkembangan tentera China disebabkan Beijing tidak pernah melepaskan penggunaan kekerasan untuk merampas balik apa yang dianggapnya sebagai wilayah berpaling tadah.

ARTIKEL YANG SAMA