China buka laluan perdagangan baru melalui pelabuhan Pakistan

China buka laluan perdagangan baru melalui pelabuhan Pakistan

ISLAMABAD, 13 Nov – Pemimpin awam dan tentera tertinggi Pakistan berkunjung ke barat daya negara hari ini untuk membuka laluan perdagangan antarabangsa baru dengan menghantar sebuah kapal China yang mengeksport barangan ke Timur Tengah dan Afrika dari pelabuhan Gwadar yang baru dibina.

Konvoi trak pertama China yang membawa barangan untuk dijual di luar negara telah tiba di Pakistan di tengah kawalan ketat menggunakan sebatang jalan yang menghubungkan Gwadar ke rantau Xinjiang di barat laut China, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Nawaz Sharif berkata Pakistan akan memberikan keselamatan terbaik mungkin kepada pelabur asing untuk membolehkan mereka menggunakan pelabuhan yang dibiayai oleh China untuk perdagangan antarabangsa.

Di tengah kebimbangan keselamatan untuk pekerja asing, tentera Pakistan telah menubuhkan pasukan khas untuk mengawal laluan perdagangan baru dan pelabuhan, yang terletak di wilayah Baluchistan di mana letupan semalaman di satu tempat suci membunuh hampir 50 orang.

Gambar fail 11 April 2016 menunjukkan kapal laut tentera Pakistan berada di pelabuhan Gwadar, kira-kira 700 kilometer barat Karachi, Pakistan. - AP
Gambar fail 11 April 2016 menunjukkan kapal laut tentera Pakistan berada di pelabuhan Gwadar, kira-kira 700 kilometer barat Karachi, Pakistan. – AP

Serangan didakwa dilakukan oleh kumpulan Islamic State dan pegawai Pakistan berkata ia bertujuan menjejas projek yang dibiayai China di barat laut dan tempat lain di negara.

China sedang membina satu rangkaian jalan raya dan kilang tenaga di bawah satu projek yang dikenali sebagai Koridor Ekonomi China-Pakistan yang dijangka menyerap AS$46 bilion dalam pelaburan China pada dekad akan datang.

China dan Pakistan telah lama mengekal hubungan politik dan tentera yang erat, berdasarkan sebahagiannya pada rasa benci bersama terhadap negara jiran India. – AP

ARTIKEL YANG SAMA