China buka rumah api baru

China buka rumah api baru

BEIJING, 6 April – China meluaskan kehadirannya di Laut China Selatan yang dipertikaikan dengan membuka rumah api di atas terumbu yang dibina semula yang juga dituntut oleh Vietnam dan Filipina, menurut media kerajaan.

Rumah api setinggi 55 meter itu yang terletak di Terumbu Subi di rangkaian Spartly mengandungi teknologi untuk mengawasi kapal-kapal yang melintasi, lapor agensi berita rasmi Xinhua lewat semalam.

China menuntut hampir kesemua Laut China Selatan di sebalik tuntutan bertentangan dari Brunei, Malaysia, Vietnam, Taiwan dan Filipina.

Ia membina kepulauan tiruan di kawasan itu dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ketika ia menegaskan tuntutannya.

China telah mengubah Terumbu Subi yang dikenali sebagai Zhubi di China – menjadi pulau tiruan tahun lalu, gambar-gambar satelit menunjukkan, dengan menuntut semula hampir 400 hektar tanah.

Pembinaan pulau itu telah mendapat kecaman oleh negara-negara jiran dan AS, tetapi Beijing menegaskan itu bertujuan membantu pencarian dan penyelamatan maritim.

Para pegawai pengangkutan China telah mengadakan satu acara di Subi semalam, lapornya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA