China capai 1.42 bilion penduduk pada 2020

China capai 1.42 bilion penduduk pada 2020

BEIJING, China, 6 Mac (NNN) – Penduduk China akan menjadi 1.42 bilion pada akhir tahun 2020, menurut draf panduan lima tahun yang dikeluarkan hari ini.

China mempunyai penduduk 1.37462 bilion jelang akhir tahun 2015 lalu, menurut data yang dikeluarkan oleh Biro Perangkaan Negara.

Negara itu akan terus mematuhi dasar perancangan keluarga sebagai dasar asas negara, dan melaksanakan sepenuhnya pada dasar dua orang anak, menurut draf Rancangan Lima Tahun ke-13 (2016-2020) yang telah dikemukakan kepada badan perundangan negara bagi pemeriksaan.

Nisbah jantina yang tidak seimbang, merupakan salah satu yang tertinggi di kalangan negara dunia, yang akan ditangani dengan langkah-langkah menyeluruh, menurut draf tersebut.

Penjagaan kesihatan pembiakan, dan penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak akan bertambah baik, dan dasar-dasar yang berkaitan akan dikaji semula bagi penyesuaian dengan pelaksanaan dasar dua anak, kata draf.

Perkhidmatan perancangan pengurusan keluarga, dan sistem perkhidmatan pendaftaran kelahiran akan bertambah baik, tambah draf itu.

ARTIKEL YANG SAMA