China capai persetujuan bersama Brunei, Kemboja dan Laos

China capai persetujuan bersama Brunei, Kemboja dan Laos

VIENTIANE, 24 April – Menteri Luar Negeri China, Wang Yi mengatakan kelmarin yang China telah mencapai persetujuan empat hala bersama Brunei, Kemboja dan Laos berhubung isu Laut China Selatan.

Keempat-empat buah negara bersetuju bahawa pertikaian wilayah ke atas beberapa buah pulau, batuan dan beting di Laut China Selatan bukan isu antara China dan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) keseluruhannya yang seharusnya tidak menjejaskan perkembangan perhubungan China-ASEAN, kata Wang memberitahu sidang akhbar.

Mereka bersetuju bahawa hak yang diperolehi oleh negara-negara berdaulat untuk memilih cara mereka tersendiri dalam menyelesaikan pertikaian di bawah undang-undang antarabangsa seharusnya perlu dihormati.

Mereka menentang sebarang percubaan untuk mengenakan agenda itu secara satu pihak sahaja ke atas negara-negara lain.

Keempat-empat negara juga bersetuju bahawa pertikaian maritim dan wilayah seharusnya diselesaikan menerusi konsultasi dan rundingan oleh pihak terbabit secara langsung di bawah Artikel 4 bagi Deklarasi Tatalaku Parti-parti di Laut China Selatan (DOC).

Mereka percaya yang China dan negara-negara ASEAN dapat bersatu mengekalkan keamanan dan kestabilan Laut China Selatan menerusi kerjasama.

Negara-negara di luar rantau itu seharusnya memainkan peranan membina dalam hal ini, mereka bersetuju.

Laos – kunjungan terakhir bagi lawatan tiga negara Wang, setelah ke Brunei dan Kemboja. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA