China cuba menggodam semua – Clinton

China cuba menggodam semua – Clinton

Hillary Clinton Campaigns On Fourth Of July In New HampshireGLEN, Amerika Syarikat, 5 Julai (AFP) – Hillary Clinton semalam menuduh China ‘cuba menggodam segala-galanya dan mencuri maklumat kerajaan, dalam ulasan yang menggunakan perkataan keras yang mungkin menjengkelkan Beijing.

Clinton, bekas setiausaha negara yang bertanding lagi bagi jawatan di Rumah Putih dalam tahun 2016, membuat kenyataan itu kepada para penyokong Demokratik pada satu acara kempen di New Hampshire.

James Clapper, pengarah perisikan kebangsaan Amerika Syarikat (AS), berkata bulan lalu China adalah ‘tersangka utama’ dalam pencerobohan besar-besaran yang menjejaskan data peribadi berjuta-juta kakitangan kerajaan AS.

Beijing menafikan dakwaan itu sebagai ‘logik yang tidak masuk akal’.

Clinton, pada masa ini calon yang disebut-sebut akan menang bagi pencalonan presiden Demokratik, berkata “Mereka cuba menggodam segala-galanya dengan mencuri jumlah besar maklumat kerajaan kesemuanya mencari kelebihan.”

“Percayalah, mereka tahu mereka dalam persaingan dan mereka akan melakukan segala-galanya yang mereka boleh untuk menang.”

Dalam beberapa kebelakangan AS menyalahkan Beijing melakukan beberapa penggodaman, termasuk sebilangannya dilakukan oleh anggota ketenteraan China.”

Pakar-pakar keselamatan siber mengatakan pencerobohan data kira-kira empat juta kakitangan persekutuan AS yang kini masih dan tidak lagi bekerja nampaknya menjadi sebahagian usaha China untuk membina pangkalan data bagi pengintipan.

Pada acara sama, Clinton berkata penglibatan itu adalah pilihan terbaik untuk berhadapan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Hubungan antara Moscow dan Washington berada di tahap terendah mereka sejak Perang Dingin, ekoran tindakan Rusia di negara jiran Ukraine. Moscow menafikan menyokong pemberontak pro Rusia di timur negara itu.

Di sebalik hubungan tegang, Putin telah menghantar mesej sebelumnya kepada rakan sejawatnya di AS, Barack Obama sempena hari Kemerdekaan di AS, dengan mengatakan bahawa hubungan antara Moscow dan Washington adalah penting untuk memastikan kestabilan sejagat, dan menggesa bagi dialog berasaskan ‘kesamaan dan rasa hormat’.