China dijangka ‘hantar pesawat’

China dijangka ‘hantar pesawat’

PHNOM PENH, 21 Jun (AFP) – Lapan warga Taiwan telah ditahan di Kemboja berhubung komplot telefon, kata polis hari ini, dengan China jelasnya dijangka menghantar sebuah kapal terbang untuk mengambil mereka meskipun menerima tentangan sengit dari Taipei.

Taipei menuduh Beijing ‘menculik’ rakyatnya dari negara yang tidak mengiktiraf kerajaan pulau itu – seperti sekutu China Kemboja.

Seramai 21 warga Taiwan dan 14 warga China kini telah ditahan di Kemboja dalam beberapa hari lalu atas dakwaan mengendali komplot telefon yang menyasarkan mangsa di China.

“Kami akan menghantar mereka ke China pada minggu ini. China akan menghantar sebuah kapal terbang untuk mengambil kesemua mereka,” beritahu Mejar Jeneral Uk Heisela, pengarah pemeriksaan dan prosedur di Jabatan Am Imigresen, kepada AFP.

Pada April, Malaysia dan Kenya memulangkan warga Taiwan yang dituduh melakukan jenayah ke China sekali gus mencetuskan kemarahan di Taipei.

Uk Heisela berkata lapan tangkapan baru dilakukan pada Sabtu dalam satu serbuan di Phnom Penh.

Kemboja, dari segi sejarah salah satu sekutu paling rapat Beijing di Asia Tenggara, enggan memberikan perbezaan di antara China dan Taiwan, hanya merujuk kepada warga dari Taiwan sebagai ‘warga pulau China’.