China dijangka terlibat dalam misi bandar pintar India

China dijangka terlibat dalam misi bandar pintar India

MUMBAI, India, 31 Jan – Solapur, saksi persahabatan Sino-India dalam sejarah, akan kelak melihat lembaran baru kerjasama antara kedua-dua negara apabila China akan dengan aktif terlibat dalam misi bandar pintar bandar itu.

Dari 27 hingga 28 Januari, sekumpulan delegasi China diketuai oleh Konsul Agung China Zheng Xiyuan, termasuklah perwakilan dari dua syarikat teknologi tinggi China telah mengadakan lawatan ke bandar ini.

Mereka telah menyaksikan berbagai-bagai projek, termasuklah loji rawatan kumbahan, kilang tekstil dan kilang gula, dan mengadakan rundingan dengan para pegawai setempat dan para usahawan, bertukar-tukar idea tentang perancangan bandar pintar dan kemajuan Solapur dan berkongsi pengalaman kedua belah pihak dalam rawatan kumbahan. Delegasi-delegasi China telah menerima sambutan hangat daripada penduduk Solapur. Para pegawai Solapur menunjukkan minat besar dalam teknologi syarikat-syarikat China dan menjemput mereka untuk terlibat dalam projek rawatan kumbahan. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA