China dituduh ganggu kapal penyelamat Vietnam

China dituduh ganggu kapal penyelamat Vietnam

HANOI, 2 Jun (dpa) – Kapal China mengganggu dua kapal Vietnam dalam kejadian berasingan di Laut China Selatan, menghambat usaha menyelamat seorang lelaki yang mengalami serangan jantung dan menyerang sebuah kapal perikanan dengan penyembur air, lapor media tempatan hari ini.

Kejadian tersebut berlaku di tengah kebimbangan antarabangsa yang meningkat berhubung operasi pembinaan pulau China di Pulau Spratly lebih daripada 600 batu nautika dari sempadan China yang diiktiraf di dunia.

China dan beberapa negara lain di sekitar Laut China Selatan mempertikai pemilikan pulau di Spratlys.

Kapten bot menyelamat Pham Xuan Son menggambarkan bagaimana sebuah kapal tentera laut China di Spratlys menghalang usaha krewnya untuk membantu seorang nelayan berusia 47 tahun yang sakit semalam, lapor akhbar Thanh Nien.

Son berkata beliau menolak satu arahan China untuk mengubah haluan disebabkan kepentingan misi beliau. Selepas beliau mengambil lelaki sakit itu, kapal tentera laut menuju ke kapalnya seolah-olah berniat merempuhnya, dan mencabul protokol laut dalam cara yang mengancam selama beberapa kilometer, kata beliau.

Nelayan itu berpulih daripada serangan jantungnya.

Pengawal Pantai Vietnam juga menuduh sebuah kapal China mengakibatkan kerosakan sebuah bot perikanan tempatan bernilai lebih 4,600 dolar dengan penyembur air berhampiran Pulau Paracel di timur Danang pada 27 Mei.

ARTIKEL YANG SAMA