China Eastern Airlines beli 35 pesawat Airbus, Boeing

China Eastern Airlines beli 35 pesawat Airbus, Boeing

BEIJING, 29 April – Salah sebuah syarikat penerbangan terkenal di China akan memecah tempahan baru berjumlah AS$10 bilion di antara pengeluar Eropah Airbus dan Boeing di AS, katanya, tatkala persaingan meningkat untuk mendapatkan saham pasaran penerbangan dalam ekonomi kedua terbesar dunia.

China Eastern Airlines berkata dalam satu kenyataan kepada bursa saham Hong Kong bahawa bahagian terbesar tempahan, hampir AS$6 bilion, akan diberikan kepada Airbus untuk 20 buah pesawat udara A350. Ia juga akan membelanja hampir AS$4 bilion ke atas 15 Boeing 787-9 Dreamliners.

Persaingan ruang aeroangkasa telahpun menjadi persaingan sengit untuk tempahan di China, yang diramalkan mempunyai 1.7 bilion penumpang udara pada tahun 2034, dan dijangka menjadi pasaran penerbangan awam terbesar di dunia dalam tempoh dua dekad akan datang.

China Eastern adalah salah satu daripada tiga syarikat penerbangan utama China, mengendali 560 pesawat udara dan membawa kira-kira 100 juta penumpang setahun. Syarikat yang beribu pejabat di Shanghai itu merancang menggunakan kapal terbang jarak jauh untuk berjalan di antara China, Amerika Utara dan Eropah, dan mengganti pesawat udara yang tidak digunakan lagi.

Mereka bertujuan membina “armada pesawat udara penumpang yang tersusun dan efisien,” katanya, dan “memberikan perkhidmatan yang lebih selesa kepada penumpang.”

Gambar fail bertarikh 28 Ogos 2014 menunjukkan pesawat China Eastern Airlines berlepas dari lapangan terbang Hongqiao di Shanghai. – AFP
Gambar fail bertarikh 28 Ogos 2014 menunjukkan pesawat China Eastern Airlines berlepas dari lapangan terbang Hongqiao di Shanghai. – AFP

China kini merupakan pasaran terbesar Airbus, menyumbang kepada hampir satu perempat daripada kapal terbang yang dihantar pada 2015. Pada Mac, syarikat itu memulakan pembinaan ke atas sebuah bangunan baru bernilai AS$150 juta di bandar pelabuhan Tianjin, utara China, untuk menyerah kapal terbang berbadan lebar di negara.

Airbus berkata ia telah menambah saham pasaran daripada 27 peratus di negara itu pada 2004 kepada 50 peratus hari ini. Boeing juga merancang membuka sebuah pusat penyiapan di China, umumnya pada tahun lalu. Syarikat itu menjual 300 pesawat udara bernilai AS$38 bilion ketika lawatan Presiden Xi Jinping ke AS pada 2015.

Tempahan China Eastern keluar sehari selepas Boeing melaporkan kemerosotan sebanyak 8.8 peratus dalam pendapatan suku pertama kepada AS$1.2 bilion, sebahagiannya disebabkan penyerahan pesawat udara yang lembap ke ekonomi global yang meleset. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA