China, EU tandatangani perjanjian pengiktrafan ijazah

China, EU tandatangani perjanjian pengiktrafan ijazah

BEIJING, 9 Okt – China telah menandatangani perjanjian mengenai pengiktirafan ijazah pendidikan lebih tinggi dengan 19 negara anggota EU, termasuk Perancis, Jerman dan Itali, menurut Kementerian Pendidikan.

Kementerian membuat pengumuman itu semalam pada satu taklimat mengenai persidangan menteri-menteri China-EU dan Dialog Dasar Pendidikan keempat di antara China dan negara ERopah tengah dan timur.

Kedua-dua mesyuarat akan diadakan di Beijing pada 11 Oktober, dan menumpu pada pengiktirafan penghargaan di antara institusi pembelajaran lebih tinggi di China dan EU, serta aliran pelajar yang seimbang di antara kedua-dua parti, kata kementerian. Menurut statistik rasmi, lebih daripada 303,000 pelajar China sedang belajar di EU pada akhir tahun 2015, menyumbang kepada 24 peratus daripada kesemua pelajar China di luar negara, pertambahan sebanyak 7.5 peratus daripada tahun 2014.

Lebih 123,000 pelajar China memulakan pengajian di EU pada tahun lalu, kira-kira 23 peratus daripada kesemua pelajar yang belajar di luar negara pada 2015, meningkat 29 peratus berbanding 2014.

Lebih daripada 45,000 pelajar EU datang ke China pada 2015, menyumbang kepada 11.3 peratus daripada kesemua pelajar antarabangsa yang belajar di negara pada tahun lalu.

Tahun lalu melihat lebih 3,000 pelajar EU menerima biasiswa daripada kerajaan China, pertambahan sebanyak 12 peratus berbanding angka pada 2014. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA