China gantung urusan tukaran asing 3 bank

China gantung urusan tukaran asing 3 bank

SHANGHAI, 1 Jan (Reuters) – Bank Pusat China menggantung sekurang-kurangnya tiga bank asing daripada menguruskan perniagaan tukaran asing hingga Mac tahun depan, kata tiga sumber yang mengakui melihat notis penggantungan itu semalam.

Antara perkhidmatan yang turut digantung adalah pertukaran bagi kedudukan utama untuk pelanggan dan perkhidmatan berkaitan merentasi sempadan, persisiran pantai dan luar pantai, kata sumber.

Sumber yang enggan dikenali dan dikaitkan dengan bank terbabit, berkata notis itu dihantar bahagian pengurusan bank berkenaan oleh Bank Pusat China (PBOC) tanpa memberi sebarang sebab penggantungan terbabit. Sumber berkata bank berkenaan menjadi sasaran berdasarkan skala perniagaan forex merentas sempadannya ketika ini.

‘Ini adalah sebahagian daripada maksud keputusan mustahak PBOC untuk menstabilkan kadar tukaran asing yuan,’ kata seorang eksekutif bank berkenaan dalam temu bual berasingan.

China kini mengambil langkah drastik untuk mengekalkan kestabilan yuan sejak ia menurunkan nilai mata wangnya pada Ogos.

PBOC enggan memberikan komen segera ketika diminta. Langkah terbaru itu dilaksanakan selepas tiga bulan PBOC mengarahkan bank memantau rapat transaksi tukaran asing pelanggan untuk mengelakkan tukaran asing merentas sempadan secara haram, yang akan memberikan kelebihan kepada kadar tukaran yuan bagi pasaran pesisir dan luar pantai. Kesannya kini semakin meluas sejak penurunan nilai yuan pada Ogos yang menyebabkan kesukaran bank untuk menguruskan mata wang dan mencetuskan aliran keluar modal dari negara yang mengalami kelembapan ekonomi itu.

ARTIKEL YANG SAMA