China gesa Filipina adakan rundingan dua pihak

China gesa Filipina adakan rundingan dua pihak

MANILA, 22 Julai – China menyeru Filipina hari ini untuk menggugurkan kes yang difailkannya di tribunal timbang tara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung tuntutan pesaing di Laut China Selatan dan kembali ke rundingan dua pihak.

China selama bertahun-tahun menegaskan yang pertikaian dengan penuntut saingan ke Laut China Selatan boleh dikendalikan dua pihak.

Namun bulan ini, tuntutannya muncul di bawah penelitian perundangan antarabangsa buat pertama kalinya apabila Mahkamah Penilaian Tetap di The Hague mula mendengarkan kes guaman difailkan Filipina pada 2013.

Bagaimanapun, China enggan untuk terlibat dalam kes itu.

“Saya sangat berharap, pihak Filipina untuk duduk bersama berbincang dengan kami bagi rundingan aman,” duta China ke Filipina, Zhao Jianhua memberitahu para wartawan apabila ditanya jika Filipina perlu menggugurkan kesnya di The Hague.

“Rundingan itu mungkin memerlukan kesabaran, mungkin mengambil masa lama namun jalan keluarnya…penyelesaian aman melalui rundingan dua pihak.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA