China guna dron awasi lalu lintas

China guna dron awasi lalu lintas

CHENGDU, 18 Sept – Dua dron sedang digunakan untuk membantu mengawasi aliran lalu lintas dan mereka yang melanggar undang-undang di lebuh raya di barat daya Wilayah Sichuan China, menurut jabatan keselamatan awam wilayah hari ini.

Dron berkenaan, yang boleh berjalan sehingga 100km sejam, adalah yang pertama digunakan, yang pada lazimnya apabila jalan raya penuh sesak dengan pengguna jalan raya yang pulang ke rumah.

Dron tersebut terbang di dua lebuh raya, satu yang menghubungkan bandar Chengdu dan Zigong, dan yang lainnya menghubungkan Chengdu dan Mianyang. Lebih daripada 90 kemalangan lalu lintas dirakam di kamera oleh dron tersebut.

Dron itu boleh mengecam plat lesen dari jarak 100 meter.

Gambar dan video dihantar balik kepada kakitangan darat, supaya polis boleh mengambil langkah yang efisien untuk mengarah aliran lalu lintas.

Dengan radius penerbangan sejauh 15 km, dron boleh terbang sehingga satu jam pada satu masa, dan boleh menamatkan perjalanan 30km dalam masa 40 minit.

Aktiviti dron disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi polis lalu lintas wilayah Weibo.

Polis lalu lintas kini akan menggunakan dron dengan lebih kerap. – Xinhua