China guna semula laluan Beijing-KL

China guna semula laluan Beijing-KL

BEIJING, 18 Sept (NNN) – Syarikat penerbangan China, Air China dijangka meneruskan laluan Beijing-Kuala Lumpur dengan empat penerbangan mingguan pada 25 Oktober selepas ia digantung tiga tahun lalu.

Pengerusi Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia Wee Choo Keong berkata penyambungan penerbangan akan merangsang seterusnya hubungan Malaysia-China.

Syarikat penerbangan itu mungkin menambah kekerapan penerbangan kepada tujuh penerbangan setiap minggu atau dua penerbangan harian jika permintaan perjalanan udara terus meningkat,” beritahunya kepada Bernama selepas menghadiri satu mesyuarat di antara Pelancongan Malaysia dan Air China dan ejen pelancongan tempatan China Comfort Travel di sini.

Wee berkata Pelancongan Malaysia akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam negeri untuk memastikan pelancong China yang berkunjung ke Malaysia akan menikmati percutian yang bebas daripada gangguan dan tanpa visa.

Selain daripada kemudahan tanpa visa, beliau berharap kementerian akan menimbang untuk menepikan bayaran perkhidmatan visa sebanyak RMB120 untuk kumpulan pelancong dari China.

Beliau berkata pelancong China memilih Malaysia sebagai destinasi percutian disebabkan pelbagai produk pelancongan seperti makanan, pantai dan pulau, gunung, gedung membeli-belah, di samping tidak perlu menghadapi sekatan bahasa.

Sementara itu, Pengurus Laluan Antarabangsa Air China Wu Xiaoming berkata syarikat penerbangan menawarkan 246 tempat duduk economy, 16 premium economy dan 28 business dalam penerbangannya ke Kuala Lumpur.

“Kami menjangka penerbangan Beijing-Kuala Lumpur mempunyai faktor muatan melebihi 60 peratus kerana pelancong China suka melawat pulau Redang, Langkawi dan Pulau Pinang,” tambah beliau.

ARTIKEL YANG SAMA