China hadkan ...

China hadkan pengeluaran arang batu

BEIJING, 10 Jan – Perancang ekonomi tertinggi China berjanji hari ini akan terus mengurang pengeluaran keluli dan arang batu yang telah menjadi sumber perselisihan perniagaan dengan banyak negara.

China memenuhi sasaran pemotongan pada tahun lalu, kata Xu Shaoshi, pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional, menambah berjuta-juta pekerja keluli dan arang batu telah pun dipindahkan ke pekerjaan lain.

Industri lain seperti simen dan kaca juga melancarkan pemotongan secara ‘aktif’, kata Xu.

Rakan perniagaan China menyalahkan negara kerana membuang lebihan keluli, arang batu, simen dan kaca di pasaran dunia.

Presiden dipilih Donald Trump telah terbabit dalam perang mulut dengan Beijing, menuduh China mengamal perniagaan tidak adil dan mengugut mengenakan tariff.

Gambar fail pada 30 Disember 2016 menunjukkan pekerja memuatkan arang batu di sebuah kilang di Qianan di wilayah utara Hebei, China. – AP
Gambar fail pada 30 Disember 2016 menunjukkan pekerja memuatkan arang batu di sebuah kilang di Qianan di wilayah utara Hebei, China. – AP

Pemimpin China berkata mereka berusaha untuk menyelesai lebihan tetapi mengakui kesan ke atas pekerja kerajaan.

Ekonomi China dianggarkan telah bertumbuh kira-kira 6.7 peratus pada tahun lalu, kata Xu.

Inflasi meningkat dua peratus pada tahun lalu, lapor Biro Statistik Nasional hari ini, berkembang lebih cepat berbanding tahun 2015, apabila ia meningkat 1.4 peratus. – AP

ARTIKEL YANG SAMA