China hantar pasukan besar ke Olimpik

China hantar pasukan besar ke Olimpik

BEIJING, 3 Ogos – China menghantar pasukan terbesar mereka ke Olimpik, tetapi para peramal menganggarkan 416 atlet akan gagal untuk menyaingi penguasaan pingat negara itu.

Lapan tahun selepas membawa dunia dengan 100 pingat di Beijing 2008, China dijangka untuk memenangi 89 pingat di Rio de Janeiro, menurut kajian dari Dartmouth College.

Dari jumlah tersebut, 38 diramalkan adalah pingat emas, di belakang jumlah kutipan AS dengan 48, kata Camila Gonzales dari Tuck School of Business, Dartmouth. Dalam kekuatan tradisi seperti ping pong, badminton, angkat berat, menembak, gimnastik dan renang, bintang pemain yang sudah berusia atau cedera serta persaingan sengit menjejaskan jangkaan itu.

Peminat-peminat meletakkan harapan mereka ke atas atlet seperti Ma Long, pemain ping pong rangking teratas dunia, dan bintang renang kontroversi, Sun Yang.

Sun dengan ketinggian 1.98m, 24, adalah ahli pasukan China yang dikenali selepas memenangi acara gaya bebas 400m dan 1500m di London 2012, tetapi rentaknya sekarang tidak diketahui selepas tidak beraksi dalam kejohanan kebangsaan pada April lalu kerana kecederaan kaki.

Cabaran terbesarnya adalah Gregorio Paltrinieri dari Itali, 21, yang mencatatkan kedua terpantas dalam sejarah, hanya tiga saat di belakang rekod dunia yang dicatatkan Sun pada 2012, apabila memenangi Kejohanan Eropah 1500m pada tahun ini.

Ma, yang mendominasi rangking ping-pong, secara kontroversi tidak dimasukkan oleh pemilih dari China bagi perseorangan Olimpik pada 2012. Ma akhirnya memenangi gelaran perseorangan kejohanan dunia kelimanya pada tahun lepas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA