China hantar pesawat tentera ke pulau buatan

China hantar pesawat tentera ke pulau buatan

BEIJING, 18 April (AP) – Tentera laut China menghantar kapal terbang tentera ke salah sebuah pulau buatan negara itu di Laut China Selatan yang dipertikaikan, menurut Kementerian Pertahanan, yang dipercayai misi seumpamanya yang diakuinya secara terbuka.

Kenyataan ringkas di laman sesawang kementerian itu mengatakan kapal terbang meronda apabila ia melencong ke Terumbu Fiery Cross pagi semalam untuk mengambil tiga pekerja binaan yang tercedera.

Kapal terbang itu kemudian terbang ke Sanya di pulau selatan jauh China di wilayah Hainan tempat ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Fenghuang, menurut kementerian itu lagi.

Butiran tentang kapal terbang itu dan tempat pangkalannya tidak dinyatakan, meskipun sekeping gambar yang mengiringi laporan menunjukkan pengangkut Y-8 empat kipas itu ditunggu oleh sebuah kereta ambulans.

Akhbar Global Times melaporkan penerbangan semalam ‘kali pertama kapal terbang tentera China secara terbuka mendarat di Yongshujiao,’ dengan menggunakan nama Cina bagi Terumbu Fiery Cross.

Kelajuan yang menyertai misi yang berjaya adalah bukti dasar rondaan jangka panjang China ke atas Laut China Selatan, menurut akhbar itu lagi, sebuah tabloid nasionalis yang disiarkan oleh akhbar harian People’s Daily yang menjadi lidah rasmi parti memerintah Parti Komunis.

China telah menyiapkan landasan di Terumbu Fiery Cross tahun lalu dan pada Januari lalu menerbangkan tiga jet komersial ke pulau itu sebagai ujian.

Langkah itu mencetuskan rungutan dari Vietnam, yang bersama-sama empat buah lagi kerajaan yang dalam pertikaian hangat dengan Beijing dalam menuntut bahagian besar Laut China Selatan.

Hanoi menuduh China mengancam keselamatan penerbangan awam dengan gagal dengan teratur terlebih dahulu memaklumkan pihak berkuasa penerbangan mengenai penerbangan itu.

AS juga merungut bahawa penerbangan itu menambah lagi ketegangan dan mengulang gesaannya supaya menghentikan penebusan guna tanah dan penenteraan pangkalan luar di kawasan itu.

Filipina yang juga menuntut kepulauan itu dan juga terumbu yang dikawal China, juga mengkritik langkah itu.

ARTIKEL YANG SAMA