China hantar sistem peluru berpandu ke Laut China Selatan

China hantar sistem peluru berpandu ke Laut China Selatan

TAIPEI, 17 Feb – Ketenteraan China telah menghantar sistem peluru berpandu canggih permukaan ke udara ke salah sebuah kepulauan yang dipertikaikan di Laut China Selatan, lapor Fox News semalam, dengan merujuk kepada imejan satelit awam.

Imejan itu, dari ImageSat International, menunjukkan dua deretan dari lapan pelancar peluru berpandu permukaan ke udara dan juga sistem radar di Pulau Woody, sebahagian rangkaian Pulau Paracel di Laut China Selatan, menurut Fox News. Pulau Woody juga dituntut oleh Taiwan dan Vietnam.

Bill Urban, jurucakap Pentagon, berkata “Sementara saya tidak mengulas tentang perkara-perkara berkaitan perisikan, kami tidak memberi perhatian akan perkara ini begitu dekat.”

Laporan itu dibuat ketika Presiden AS Barack Obama dan para pemimpin Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara mengakhiri sidang mesyuarat di California. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA