China Harbour lawat SMARTER

China Harbour lawat SMARTER

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Rombongan seramai 12 orang dari China Harbour Engineering Company telah mengadakan jamuan amal bersama kanak-kanak di Pusat SMARTER EDGE (Early Development Growth and Enabling), Kampung Perpindahan Mata-Mata, hari ini.

Rombongan yang diketuai oleh Pengarah Projek, Yao Di itu telah disambut oleh Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman.

Pengurus Pentadbiran China Harbour Engineering Company, Charles Wu, ketika ditemui menjelaskan China dan Brunei telah menjalin hubungan sejak 25 tahun yang lalu dan sudah setahun mereka (China Harbour) membina Jambatan Pulau Muara Besar.

“Oleh itu, kami mahu membuat beberapa sumbangan kepada Brunei. Dengan itu, kami menghubungi Pusat SMARTER EDGE dan memilihnya sebagai tempat kami menghulurkan sumbangan berkenaan,” jelas Charles Wu.

Rombongan China Harbour Engineering Company ketika bergambar ramai bersama ahli-ahli SMARTER dan juga penuntut dari Australia yang menjalani penempatan kerja selama tiga minggu di pusat berkenaan.
Rombongan China Harbour Engineering Company ketika bergambar ramai bersama ahli-ahli SMARTER dan juga penuntut dari Australia yang menjalani penempatan kerja selama tiga minggu di pusat berkenaan.
Yao Di (dua, kanan) ketika melawat Pusat SMARTER EDGE dan mendengar penerangan daripada Presiden SMARTER Brunei (kiri).
Yao Di (dua, kanan) ketika melawat Pusat SMARTER EDGE dan mendengar penerangan daripada Presiden SMARTER Brunei (kiri).

Menurut beliau, mereka juga mengadakan majlis yang sama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Memandangkan China Harbour Engineering Company adalah syarikat pembinaan, mereka akan menolong SMARTER dengan menyediakan bahan-bahan keperluan pembinaan sekiranya pusat itu mahu mengubah suai bangunan di samping menyumbangkan bantuan dari segi kewangan.

Pada majlis berkenaan, rombongan berkenaan telah diiringi oleh Malai Haji Abdullah untuk melawat bilik-bilik kelas pusat berkenaan dan diberikan penerangan mengenai fungsi-fungsi SMARTER Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA