China hasrat kukuh hubungan ketenteraan dengan Iran

China hasrat kukuh hubungan ketenteraan dengan Iran

BEIJING, 15 Okt – China berhasrat mengukuhkan hubungan ketenteraan dengan Iran, laksamana kanan China berkata dalam satu kenyataan hari ini, tiga bulan selepas Tehran memeterai perjanjian dengan kuasa-kuasa dunia berhubung program nuklearnya.

Sun Jianguo membuat kenyataan itu kepada Menteri Pertahanan Iran Hossein Dehghan ketika lawatan ke Tehran, menurut kementerian pertahanan China, dengan mengatakan bahawa dia berharap akan terus meningkatkan hubungan tentera antara kedua-dua negara.

Lawatan Sun adalah untuk ‘meningkatkan persahabatan, mengukuhkan kerjasama dan bertukar-tukar pandangan berhubung isu yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua ketenteraan,” menurut kenyataan kementerian pertahanan China.

China adalah pembeli terbesar petroleum Iran dan AS mengancam akan menghukumnya kerana pembeliannya itu ketika Tehran terlibat dalam pertikaian dengan masyarakat antarabangsa berhubung program nuklearnya, di tengah kebimbangan bahawa ia mungkin memajukan senjata nuklear.

Ketua tentera laut Iran, Laksamana Muda Habibollah Sayari menggesa kedua-dua negara supaya bekerjasama untuk melindungi laluan perkapalan di Lautan Hindi, lapor penyiar Iran, Press TV. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA