China hukum mati lelaki bunuh ketua kampung berhubung pemusnahan rumah

China hukum mati lelaki bunuh ketua kampung berhubung pemusnahan rumah

BEIJING, 15 Nov – Seorang lelaki warga China yang membunuh seorang pegawai kampung menggunakan mesin paku tembak selepas kediamannya dimusnahkan secara paksa dihukum mati hari ini, kata mahkamah, meskipun orang ramai berang dengan pelaksanaan hukuman tersebut.

Jia Jinglong membunuh ketua kampungnya di utara wilayah Hebei, kata media setempat.

Peguam dan pengulas secara talian meminta bagi hukuman Jia itu dihentikan atas alasan pemusnahan kediamannya oleh pegawai setempat dan menyeru bagi peringanan hukuman, dan kerana dia mengaku telah melakukan jenayah itu.

Rumah itu dirobohkan hanya beberapa minggu sebelum hari perkahwinannya pada 2013, Global Times melaporkan sebelumnya, yang menambah dia telah dipukul dan tidak diberikan ganti rugi.

Edisi akhbar hari ini membawakan satu lagi laporan ke atas pakar perundangan yang menggesa hukuman mati dihentikan dalam sepucuk surat kepada Mahkamah Rakyat Tertinggi, China, memetik ‘salah pengurusan’ di kawasan pedalaman dan prosedur kehakiman yang tidak mencukupi.

Tetapi Mahkamah Rakyat Pertengahan di Shijiazhuang berkata dalam akaun media sosial: “Hukuman mati terhadap pembunuh Jia Jinglong diteruskan.”

Sebelum dijatuhkan hukuman mati Jia bertemu keluarganya “menurut undang-undang”, kata agensi berita rasmi Xinhua.

Sama ada mahkamah mahu pun Xinhua tidak dapat menyatakan bagaimana Jia akan dihukum, tetapi hukuman mati di China dipercayai secara umumnya dijalankan menerusi suntikan maut.

Kes Jia itu mencetuskan perdebatan tersebar dalam laman media sosial China. Beratus menandatangani petisyen secara talian bagi memohon hukuman mati dibatalkan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA