China, India teraju ‘Abad Asia’

China, India teraju ‘Abad Asia’

NEW DELHI, 10 Julai – Undian Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) dan rasa tidak puas hati yang semakin bertambah di negara-negara Barat lain dilihat sebagai mencepatkan ketibaan ‘Abad Asia’, menurut para penganalisis, yang diterajui oleh kebangkitan China dan India.

Menjelang 2050, Asia akan diperkira lebih separuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia, hampir dua kali KDNK 2011, menurut Bank Pembangunan Asia, dengan tiga bilion warganegara baru yang mewah.

EU dan kolektif lain yang berpengaruh, seperti PBB, NATO, IMF dan Bank Dunia menyebut-nyebut era selepas Perang Dunia II, dengan wawasan kerjasama yang membawa kepada keamanan, kemakmuran dan keselamatan.

Namun arus globalisasi yang bergolak dan keengganan institusi-institusi kepada pembaharuan telah mengakibatkan negara-negara Asia merasakan mereka tidak cukup diwakili dan sedang mencari bentuk gabungan baru.

“Sistem lama yang mengekalkan pihak Barat dalam keadaan yang kaya dan selamat, sedang terancam,” kata Neelam Deo, bekas duta dan pengarah kumpulan pemikir Gateway House di Mumbai.

“Pengundian Britain untuk keluar dari EU dalam cara ia sememangnya akan memberi impak kepada institusi lama yang ditubuhkan selepas Perang Dunia II dan dihasratkan untuk mengukuhkan kuasa Barat,” ujarnya.

Gambar fail yang diambil pada 17 Mei menunjukkan pengawal keselamatan India berjalan menerusi panel-panel solar di Loji Tenaga Solar Photovoltaic, kira-kira 45km dari Amritsar. Undian Britain untuk meninggalkan EU dan rasa tidak puas hati di negara-negara Barat dilihat sebagai mempercepatkan keti-baan ‘Abad Asia’, menurut para penganalisis. - AFP
Gambar fail yang diambil pada 17 Mei menunjukkan pengawal keselamatan India berjalan menerusi panel-panel solar di Loji Tenaga Solar Photovoltaic, kira-kira 45km dari Amritsar. Undian Britain untuk meninggalkan EU dan rasa tidak puas hati di negara-negara Barat dilihat sebagai mempercepatkan keti-baan ‘Abad Asia’, menurut para penganalisis. – AFP

Brexit telah memanggil-manggil pengunduran anggota-anggota lain EU yang dilanda krisis penghijrah dan euro, dan juga memecahkan United Kingdom, sekiranya Scotland mengundi bagi kemerdekaan.

Rusia yang bangkit semula, yang meradang dengan sekatan yang dikenakan oleh EU dan AS dan mempunyai hubungan baik dengan China dan India, menyifatkan undi Brexit seolah-olah ia mencari retak menanti belah.

Ketika ‘Abad Amerika’ muncul selepas Perang Dunia II, ekoran empayar Britain sebelumnya, China dilanda kekacauan perang dingin dan India, negara jajahan baru saja meraih kemerdekaan.

Kini China adalah ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka mengatasi AS sekitar satu dekad, manakala India akan menjadi negara paling ramai di dunia menjelang 2022.

Pada November lalu IMF, menamakan mata wang China, renminbi sebagai mata wang simpanan – mata wang utama dunia – menyertai paun, dolar, euro dan yen.

Bintang-bintang ekonomi yang meningkat naik, Indonesia dan Filipina berkembang pada sekitar lima peratus setahun, manakala Eropah terus lembap. – AFP