China, India tubuh hotline tentera

China, India tubuh hotline tentera

BEIJING, 19 April (AFP) – China dan India sedang bertindak untuk menubuhkan hotline tentera, lapor media China, dengan perbalahan sempadan dan ketegangan mengenai sekatan keganasan masih menyelubunyi hubungan di antara kedua-dua negara Asia itu.

China “bertindak positif” terhadap idea penubuhan hotline, agensi berita Xinhua memetik Menteri Pertahanan Chang Wanquan sebagai berkata semalam ketika rundingan dengan rakan sejawatan India.

Dua negara dengan penduduk paling ramai di dunia itu sedang berusaha untuk menunjukkan pengaruh serantau di Asia dan hubungan mereka terjejas oleh perbalahan wilayah di Himalaya.

ARTIKEL YANG SAMA