‘China jangan buli negara kecil’

‘China jangan buli negara kecil’

JAKARTA, 1 April (AFP) – Indonesia menggesa China hari ini untuk menyerahkan sebuah bot nelayan yang didakwanya beroperasi secara haram di perairannya berhampiran Laut China Selatan, mengatakan negara besar tidak sepatutnya ‘membuli’ negara kecil.

Ia adalah bidasan serentak terbaru dalam pertikaian awam luar biasa antara kedua-dua negara, yang bermula dua minggu lalu apabila kapal China dan Indonesia bertikai berhampiran Pulau Natuna Indonesia.

Bot peronda Indonesia telah mencari untuk menahan kapal nelayan China, yang mereka dakwa telah beroperasi tanpa kebenaran. Namun ketika mereka menundanya ke pesisir, pengawal pantai China muncul dan merampas bot yang ditawan itu, membantu melepaskannya pergi.

Beijing menuntut hampir kesemua Laut China Selatan – yang mana satu pertiga minyak dunia melintasinya – meskipun tuntutan bertindih dari Filipina, Vietnam, Malaysia, Taiwan dan Brunei.

Susi Pudjiastuti bercakap semasa ditemu bual di Jakarta pada 1 April mengenai kapal Indonesia yang ditawan China. – AFP
Susi Pudjiastuti bercakap semasa ditemu bual di Jakarta pada 1 April mengenai kapal Indonesia yang ditawan China. – AFP

Menteri Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti, yang mengetuai tindakan keras ke atas penangkapan ikan tidak sah di perairan kepulauan itu, hari ini menuntut Beijing untuk menyerahkan bot tunda tersebut kepada pihak berkuasa Indonesia.

“Saya percaya China adalah sebuah negara hebat, dengan penguatkuasaan undang-undang yang bagus, dan mereka tidak menyokong penangkapan ikan secara haram, walaupun ia dilakukan oleh kapal China sendiri,” ujarnya kepada AFP dalam satu temu bual.

“Saya amat yakin mereka akan menghormati saya, dengan menyerahkan kapal (yang menangkap ikan secara haram) itu.”

Dan tambahnya: “Saya rasa sebagai sebuah negara besar anda tidak sepatutnya membuli negara kecil.”

ARTIKEL YANG SAMA