China juga digegar gempa bumi

China juga digegar gempa bumi

BEIJING, 14 Jan (Agensi) – Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud menggegar wilayah Xinjiang pada jam 5.18 pagi waktu tempatan, hari ini.

Gempa pada kedalaman lima kilometer itu berlaku di wilayah Autonomi Bayingol Mongolia, lapor Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Tiada laporan kematian diterima setakat ini, lapor Xinhua. Pentadbiran Gempa Bumi Xinjiang menghantar sepasukan tujuh pegawai ke pusat gegaran di Luntai.

Pihak berkuasa Luntai terus mengumpulkan maklumat mengenai kematian dan kehilangan harta.

ARTIKEL YANG SAMA