China kawal kapasiti, pulih ekonomi

China kawal kapasiti, pulih ekonomi

BEIJING, 1 Mac (Reuters) – China berhasrat membuang 5-6 juta pekerja daripada ‘perusahaan zombie’ dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengawal kapasiti berlebihan industri dan pencemaran, kata dua sumber yang mempunyai hubungan dengan pemimpin negara.

Beijing berusaha memulihkan ekonominya yang meleset dengan menyusun kemas sektor industri, bermula dengan arang batu dan keluli, tetapi pembuangan telah timbul sebagai salah satu kebimbangan terbesar untuk rantau sebelum sesi parlimen tahunan pada minggu depan.

Rancangan kerajaan untuk membuang lima juta pekerja dalam industri yang dibelenggu kemelesetan bekalan akan menjadi program pengurangan tenaga kerja paling ketara negara dalam hampir dua dekad, kata satu sumber.

Penyusunan semula perusahaan milik kerajaan dari 1998 hingga 2003 membawa kepada 28 juta pekerja lebihan dan menelan kos kira-kira 73.1 bilion yuan oleh kerajaan dalam wang penempatan semula.

Sumber kedua dengan hubungan pemimpin meletak jumlah pembuangan pekerja pada enam juta. Kedua-dua sumber meminta nama mereka tidak disiarkan disebabkan mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media mengenai subjek berkenaan disebabkan bimbang akan mencetuskan pergolakan sosial.

Sebuah kapal dilihat di bawah pembinaan di limbungan kapal Waigaoqiao di Shanghai pada gambar fail 5 November 2013. – Reuters
Sebuah kapal dilihat di bawah pembinaan di limbungan kapal Waigaoqiao di Shanghai pada gambar fail 5 November 2013. – Reuters

Kementerian industri tidak memberi respons apabila diminta memberi komen mengenai laporan itu.

Untuk kerajaan China, mengawal pengangguran dan sebarang pergolakan yang mungkin timbul telah pun menjadi keutamaan mereka.

Semalam, Yin Weimin, menteri sumber manusia dan keselamatan sosial, berkata China menjangka membuang 1.8 juta pekerja dalam industri arang batu dan keluli. Namun beliau tidak memberikan satu jadual masa.

China berhasrat untuk mengurangkan lebihan kapasiti dalam sekurang-kurangnya tujuh sektor, termasuk industri simen, pembuatan kaca dan pembinaan kapal, namun industri tenaga solar yang memiliki penawaran berlebihan sepertinya akan dilepaskan daripada penstrukturan semula skala besar kerana ia masih lagi memiliki potensi pertumbuhan, menurut sumber pertama.