China kecam langkah sehala Filipina

China kecam langkah sehala Filipina

BEIJING, 8 Jun – China menuduh Filipina hari ini mengendahkan permintaan bagi diadakan dialog tentang pertikaian maritim mereka, ketika ketegangan meningkat sebelum perintah tribunal antarabangsa berhubung pertikaian wilayah.

Filipina ‘secara sehala menutup pintu bagi menyelesaikan isu Laut China Selatan dengan China menerusi rundingan,’ kementerian luar China berkata dalam kenyataan panjang yang diterbitkan oleh agensi berita rasmi Xinhua.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas akhir mesyuarat tahunan antara AS dan China di Beijing yang mana kedua-dua negara gagal membuat kemajuan tentang isu itu.

China menegaskan pemilikan ke atas hampir kesemua laut itu di sebalik tuntutan bersaingan oleh beberapa jiran-jirannya di Asia Tenggara dan dengan pantas telah membina pulau-pulau tiruan yang sesuai bagi kegunaan ketenteraan.

Manila menuduh China pada hakikatnya mengambil kawalan ke atas Beting Scarborough, salah sebuah kawasan yang dipertikaikan, dalam tahun 2012 dan telah membawa kes ke atas Beijing itu ke Mahkamah Tetap Penimbangtaraan di The Hague.

China tidak menjauhi prosiding itu dan berkata ia tidak akan mengiktiraf sebarang perintah.

Dalam kenyataan itu, kementerian luar berkata dalam tahun 1995 Beijing dan Manila bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian menerusi rundingan dan permesyuaratan. Ia menuduh Filipina tidak mengendahkan cadangan untuk mewujudkan mekanisme perundingan berhubung pertikaian di laut itu.

Kementerian itu tidak menyatakan bagaimana perundingan seumpama itu akan berbeza dari pelbagai pertukaran yang diadakan oleh negara-negara itu berhubung isu itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA