China kecam ‘provokasi’ AS

China kecam ‘provokasi’ AS

SINGAPURA, 5 Jun – Sidang kemuncak keselamatan Asia berakhir dengan perbalahan hari ini selepas China mengecam ‘provokasi’ Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan dan berkata ia tidak bimbang ‘masalah’ mengenai perbalahan wilayahnya dengan negara jiran di kawasan tersebut.

“Isu Laut China Selatan telah menjadi semakin hangat disebabkan provokasi negara tertentu demi kepentingan mereka sendiri,” beritahu Laksamana Sun Jianguo pada forum tahunan di Singapura.

Sun, yang menekankan hasrat China untuk mencapai penyelesaian aman, bercakap sehari selepas Setiausaha Pertahanan AS Ashton Carter berkata sebarang pembinaan China di pulau kecil berhampiran Filipina akan mencetuskan ‘tindakan’ oleh Amerika Syarikat dan negara lain.

Pada satu lawatan ke Mongolia hari ini, Setiausaha Negara AS John Kerry juga mengingatkan Beijing agar tidak menubuhkan zon pengenalpastian pertahanan udara di perairan yang dipertikaikan itu.

Ucapannya muncul menjelang dialog AS-China di Beijing dan selepas akhbar Hong Kong’s South China Morning Post (SCMP) memetik sumber tentera China sebagai berkata Beijing sedang memikir-mikirkan tentang zon itu.

Sun Jianguo (kanan), ketika berucap dalam sesi plenari Dialog Shangri-La di Singapura pada 5 Jun. – AFP
Sun Jianguo (kanan), ketika berucap dalam sesi plenari Dialog Shangri-La di Singapura pada 5 Jun. – AFP

Retorik telah pun meningkat sebelum keputusan dari Mahkamah Penimbang Tara Tetap di The Hague mengenai satu kes yang dikemukakan oleh Filipina, sekutu lama dan bekas jajahan AS, ke atas China, yang telah meninggalkan prosiding dan berkata ia tidak akan mengiktiraf mana-mana keputusan.

Laksamana China, dalam rujukan yang jelas kepada Washington, berkata ‘kebebasan rondaan pelayaran’ di Laut China Selatan merupakan ‘pertunjukan kekuatan tentera’ dan China dipaksa ‘menerima dan menghormati’ keputusan tribunal.

“China menentang tindakan sedemikian. Kami tidak mencetuskan masalah tetapi kami tidak bimbang mengenai masalah,” beritahu Sun dalam ucapan yang telah disediakan awal.

Carter telah meninggalkan Singapura pada ketika Sun menyampaikan ucapannya. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA