China keluarkan pelan baru reformasi firma milik kerajaan

China keluarkan pelan baru reformasi firma milik kerajaan

BEIJING, 13 Sept (dpa) – China telah mengeluarkan satu garis panduan berhubung pembaharuan syarikat-syarikat milik kerajaan (SOE), dengan matlamat untuk menjadikan ia entiti pasaran bebas sepenuhnya, menurut laporan hari ini.

Garis panduan itu menuntut bagi pemilikan gabungan, meningkatkan pengurusan aset kerajaan dan mencegah pembatalan aset kerajaan, lapor agensi berita Xinhua hari ini.

Garis panduan 20 halaman itu dikeluarkan bersama oleh Parti Komunis Jawatankuasa Tengah China dan Majlis Perbandaran pada 24 Ogos.

“Reformasi SOE seharusnya mematuhi peraturan dan undang-undang ekonomi pasaran bagi pembangunan syarikat dan tidak berganjak kepada…..pemisahan pemilikan dan pengurusan,” menurut dokumen berkenaan.