China keluarkan pesawat amfibia terbesar dunia

China keluarkan pesawat amfibia terbesar dunia

BEIJING, 24 Julai – Satu agensi berita rasmi berkata China telah melancarkan pesawat amfibia terbesar dunia yang Beijing rancang untuk digunakan bagi misi-misi marin dan menangani kebakaran hutan.

Agensi berita Xinhua berkata pesawat AG600 itu dikeluarkan daripada barisan pengeluaran di Zhuhai, selatan China pada Sabtu lalu. Berukuran 37 meter (121 kaki) panjang dengan kelebaran sayap 39 meter (128 kaki).

Laporan itu memetik pembuat pesawat kerajaan China, Syarikat Industri Penerbangan China, sebagai berkata pesawat itu hampir sebesar pesawat Boeing 737.

Minggu lepas, pesawat laut Cessna208B membuat penerbangan pertamanya di China, terhempas di jambatan lebuh raya di luar Shanghai, mengorbankan lima orang di dalamnya. – AP

Gambar yang diambil pada 23 Julai menunjukkan khalayak ramai berada pada majlis pendedahan pesawat amfibia AG600 di Zhuhai, Wilayah Guangdong selatan China. – AFP
Gambar yang diambil pada 23 Julai menunjukkan khalayak ramai berada pada majlis pendedahan pesawat amfibia AG600 di Zhuhai, Wilayah Guangdong selatan China. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA