China kian hampir bina loji nuklear di Laut China Selatan

China kian hampir bina loji nuklear di Laut China Selatan

BEIJING, 22 April – China semakin hampir membina platform tenaga nuklear maritim yang boleh satu hari nanti digunakan untuk menyokong projek negara itu di Laut China Selatan, lapor sebuah akhbar kendalian negara, hari ini.

China telah mencetus kemarahan dengan kegiatan ketenteraan dan pembinaan di pulau-pulau yang ia duduki di Laut China Selatan yang dipertikai, termasuk membina landasan, walaupun Beijing berkata kebanyakan yang dibinanya ialah bagi kegunaan awam, seperti rumah api.

The Global Times, sebuah tabloid berpengaruh yang diterbitkan Harian Rakyat Parti Komunis, berkata platform tenaga nuklear itu boleh ‘belayar’ ke kawasan pedalaman dan menyediakan bekalan tenaga stabil.

Liu Zheng Guo, ketua pejabat besar China Shipbuilding Industry Corp, yang bertanggungjawab mereka bentuk dan membina platform itu, memberitahu akhbar tersebut bahawa syarikat tersebut “sedang memajukan kerja itu”.

“Pembangunan platform tenaga nuklear ialah satu trend yang semakin meningkat,” kata Liu. “Bilangan sebenar loji yang akan dibina (oleh syarikat itu) bergantung pada permintaan pasaran.”

Permintaan “cukup kukuh”, katanya, tanpa mengulas lanjut.

Akhbar itu memetik laporan pada Januari oleh China Securities Journal bahawa platform demonstrasi dijangka siap pada 2018 dan memulakan operasi menjelang tahun kemudiannya.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, yang dipercayai mempunyai simpanan besar minyak dan gas, dan sedang membina pulau-pulau di terumbu karang untuk menyokong tuntutannya.

Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan ke atas sebahagian dari perairan itu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA