China laksanakan hukuman mati 2 lelaki

China laksanakan hukuman mati 2 lelaki

BEIJING, 1 Feb –China telah menjatuhi hukuman mati ke atas dua lelaki kerana menikam hingga mati seorang sami Britain yang menubuhkan biara Tibet pertama di Eropah disebabkan satu perbalahan kewangan, kata media negeri.

Akong Tulku Rinpoche, pengasas bersama biara Samye Ling di Scotland, ditemui mati dengan pelbagai luka tikaman di rumahnya di barat daya bandar Chengdu pada 2013.

Sebuah mahkamah di bandar menjatuhi hukuman mati ke atas dua lelaki, nama dalam bahasa Cina sebagai Tudeng Gusang dan Tsering Banjue kerana membunuh Akong dan dua lelaki lain, sementara seorang subahat dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, lapor Perkhidmatan Beirta China lewat semalam.

Ia memetik pihak berkuasa sebagai berkata Gusang, yang telah bekerja di biara Scotland, dan Banjue telah menikam Akong, anak saudaranya dan seorang pemandu hingga mati dalam satu pertengkaran berhubung bayaran berjumlah 2.7 juta yuan.

Keputusan itu, disiar oleh mahkamah di media sosial, berkata pembunuhan adalah ‘kejam’ dan tersangka akan “dikenakan hukuman mengikut undang-undang.”

Akong, yang berusia dalam awal 70an, menerima kerakyatan Britain selepas melarikan diri dari Tibet pada 1959, dan menubuhkan biara di kawasan bukit Scotland pada 1967. Beliau mempunyai gelaran Rinpoche, satu penghormatan yang diberikan kepada guru paling dihormati dalam agama Buddha Tibet, dan biara beliau berkata pada masa pembunuhan bahawa beliau telah ‘dibunuh.’

Ramai penduduk Tibet berkata China menindas kebebasan agama dan kebudayaan mereka. Beijing berkata ia telah membawa banyak pelaburan ke rantau yang mundur itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA