China lancar 2 satelit

China lancar 2 satelit

BEIJING, 26 Julai (AFP) – China melancarkan dua satelit baru ke angkasa lepas semalam, lapor media negeri, tatkala ia membina sistem pengemudi satelit sendiri untuk menyaingi Sistem Penentu kedudukan Sejagat Amerika Syarikat (AS).

Sebuah roket yang membawa satelit dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di barat daya wilayah Sichuan pada pukul 8:29 malam, kata agensi berita Xinhua.

Satelit adalah yang ke-18 dan 19 yang dilancarkan oleh China tatkala ia menghasilkan sistem pengemudi domestik Beidou, atau Compass. Mereka membawa jumlah keseluruhan yang dilancarkan pada tahun ini kepada tiga.

Beidou kini menumpu di rantau Asia Pasifik tetapi dijangka meliputi seluruh dunia pada tahun 2020.

“Pelancaran berjaya menandakan satu lagi langkah kukuh dalam mempertingkat Beidou kepada sistem pengemudian dengan liputan global,” pusat pelancaran satelit dipetik sebagai berkata oleh Xinhua.

Saat ketika Satelit China dilancarkan ke angkasa lepas. - Reuters
Saat ketika Satelit China dilancarkan ke angkasa lepas. – Reuters

Beidou dinamakan sempena istilah China untuk gugusan bintang Big Dipper diumumkan pada 2012, menyertai GPS AS, GLONASS Rusia dan Galileo Kesatuan Eropah.

Ia telah pun digunakan oleh beberapa negara Asia termasuk Laos, Pakistan dan Thailand. Satelit baru akan digunakan untuk “menguji isyarat pengemudian baru dan hubungan antara satelit” serta menyediakan perkhidmatan pengemudian, kata Xinhua.

Sistem Beidou kini digunakan untuk perkhidmatan awam seperti pengemudian dan mesej, serta dalam pengangkutan dan sektor ramalan cuaca. Ia juga mempunyai aplika si tentera.