China lancar enjin jet terbaru

China lancar enjin jet terbaru

BEIJING, 29 Ogos – China melancarkan konglomerat enjin jet baru bernilai berbilion dolar dengan hampir 100,000 pekerja pada hujung minggu, tatkala Beijing berusaha menjadi kuasa ruang aeroangkasa dan bersaing dengan Rolls Royce dan General Electric.

Aero Engine Corporation China (AECC) telah mempunyai modal sebanyak 50 bilion yuan, dan laporan sebelumnya berkata ia akan menggabung subsidiari beberapa firma milik kerajaan, termasuk Aviation Industrial Corp. of China (AVIC).

Presiden Xi Jinping berkata penubuhan syarikat adalah satu ‘tindakan strategik’ untuk menjadikan China satu kuasa penerbangan dan memodenkan tentera, lapor agensi berita Xinhua.

China sendiri tidak membuat enjin jet komersial besar dan syarikat penerbangan negara, C919, menggunakan enjin daripada CFM International, satu usaha sama di antara GE Amerika Syarikat dan Safran dari Perancis.

Pesawat udara terbaik dalam tentera udara China menggunakan enjin yang dibina di Rusia, kata Xinhua.

Gambar fail pada 7 November 2013 menunjukkan pengunjung melihat model enjin jet pesawat yang dibuat oleh China Aviation Industry Corporation (AVIC) di Pameran Industri Antarabangsa China 2013 di Shanghai. China secara rasmi melancarkan enjin jet bernilai berbilion dolar semalam. - AFP
Gambar fail pada 7 November 2013 menunjukkan pengunjung melihat model enjin jet pesawat yang dibuat oleh China Aviation Industry Corporation (AVIC) di Pameran Industri Antarabangsa China 2013 di Shanghai. China secara rasmi melancarkan enjin jet bernilai berbilion dolar semalam. – AFP

Beijing dijangka mengubahnya dengan penubuhan pelopor nasional baru dalam bidang itu tatkala ia berusaha mempertingkat prestijnya dengan memiliki sektor penerbangannya sendiri.

Pemimpin telah menyasarkan pengeluaran produk berteknologi tinggi seperti enjin jet sebagai satu kaedah untuk mengubah ekonomi kedua terbesar dunia dan menjadikan firmanya lebih kompetitif dengan pesaing asing moden dalam sektor ruang aeroangkasa, bioteknologi, tenaga alternatif dan sektor lain.

Perdana Menteri Li Keqiang berkata dalam komen bertulis bahawa ‘kejayaan’ dalam enjin pesawat udara moden akan memberi nilai besar dalam memperkukuh keupayaan tentera dan pengeluaran negara.

Xinhua memetik beliau menggesa pembaharuan asli untuk menjadikan AECC pemimpin dunia dalam enjin aero.

Firma baru itu akan menggaji 96,000 pekerja dan beribu pejabat di ibu negara, kata laporan, dengan Majlis Negara China, atau kabinet, dan kerajaan bandar Beijing juga melabur di dalamnya.

Namun eksekutif industri berkata ia mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk firma menghasilkan enjin untuk digunakan dalam jet komersial besar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA