China lancar hotline antirasuah

China lancar hotline antirasuah

BEIJING, 15 Feb – China sudah melancarkan satu hotline untuk rakyat melaporkan tuduhan rasuah dan masalah disiplin dalam kalangan tenteranya, Kementerian Pertahanan mengatakan hari ini, dalam usaha terbaru memerangi gejala rasuah dalam kalangan pegawainya.

Presiden Xi Jinping mengetuai satu kempen antirasuah besar-besaran menyasarkan pegawai berpangkat tinggi dalam industri, kerajaan dan tentera.

Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) merasakan bahang tindakan keras itu dan menyaksikan berpuluh-puluh pegawai disiasat, termasuk dua bekas naib pengerusi Suruhanjaya Pusat Tentera, Guo Boxiong dan Xu Caihou.

Hotline telefon yang juga merupakan kotak mel, akan ‘digunakan sepenuh oleh orang ramai’ dan aduan akan ditangani mengikut giliran dan sejujurnya, satu notis diposkan di laman web tentera menjelaskan.

Orang ramai dan anggota tentera dialu-alukan untuk menyertai ‘perjuangan antirasuah ini,’ tambah notis itu.

Hotline itu ditubuhkan oleh jawatankuasa pemeriksaan disiplin memerangi rasuah tentera di bawah Suruhanjaya Pusat Tentera yang berkuasa, yang mengawal angkatan bersenjata.

Langkah itu bertepatan dengan usaha meluas untuk mereformasi tentera ketika China semakin mendesak dalam pertikaian sempadannya di Laut Timur dan Selatan China. –Reuters

ARTIKEL YANG SAMA