China lancar ...

China lancar kargo Tianzhou-1

WENCHANG, China, 20 April – Sebuah roket China berjaya menghantar kapal kargo angkasa lepas pertama negara, Tianzhou-1, ke ruang udara dari selatan pulau wilayah Hainan hari ini.

Menggunakan bahan api cecair oksigen dan kerosin, roket pengangkut Long March-7 Y2 berlepas dari Pusat Pelancar Angkasa Lepas Wenchang Hainan pada jam 7:41 petang (11:41 GMT).

Ratusan penduduk yang telah menunggu untuk melihat pelancaran itu sejak petang kelihatan bersorak gembira.

Para wartawan dan penggemar tempatan yang membawa lensa zum jauh mengambil gambar roket berkenaan ketika ia bersedia untuk berlepas.

Tianzhou-1, kapal kargo angkasa lepas pertama yang direka oleh China, menuju ke dok makmal angkasa lepas Tiangong-2 yang sedang mengorbit bumi, yang dilancarkan September lepas.

Pelancaran roket Long March 7 yang membawa Tianzhou-1 di pad pelancar di Pusat Pelancar Angkasa Lepas Wenchang di Wenchang, Wilayah Hainan, selatan China pada 20 April. – AFP
Pelancaran roket Long March 7 yang membawa Tianzhou-1 di pad pelancar di Pusat Pelancar Angkasa Lepas Wenchang di Wenchang, Wilayah Hainan, selatan China pada 20 April. – AFP

Kapal kargo itu adalah ‘langkah penting’ ke arah mencapai matlamat China untuk menempatkan krunya sendiri di stesen angkasa menjelang 2022, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Pesawat berbentuk seperti tiub itu berukuran 10.6 meter panjangnya dan boleh membawa lebih enam tan kargo serta satelit, kata Xinhua.

Ia juga akan menjalankan eksperimen di ruang angkasa, termasuk graviti bukan Newtonan sebelum balik semula ke Bumi, kata Xinhua. Beijing melihatnya program angkasa lepas bernilai bilion dolar itu sebagai satu simbol kebangkitannya dan kejayaan Parti Komunis dalam mengubah kekayaan kepada negara yang dulunya miskin. – AFP