China lancar satelit kuantum

China lancar satelit kuantum

BEIJING, 16 Ogos – Pelancaran satelit kuantum pertama oleh China hari ini akan membawa kepada usaha untuk mengembangkan kemampuan bagi menghantar komunikasi yang tidak boleh ditembusi oleh para penggodam, menurut pakar-pakar.

Pelancaran satelit ke angkasa lepas dari pangkalan pelancar Jiuquan di barat utara gurun Gobi, China akan membolehkan para penyelidik China untuk menghantar mesej percubaan antara Beijing dan barat laut China dan juga lokasi lain di seluruh dunia.

Jika percubaan itu berjaya, China akan mengambil langkah besar ke arah membina rangkaian seluruh dunia yang boleh menghantar pesanan yang tidak boleh diintip atau digodam melalui kaedah biasa.

“Ia mewujudkan cabaran bagi pengintip kepada domain berlainan,” kata Alexander Ling, ketua penyiasat di Pusat Teknologi Kuantum di Singapura.

“Ramai orang di seluruh dunia berpendapat memiliki perhubungan terjamin pada peringkat kuantum adalah penting. Pihak Eropah, Amerika telah mempelopori, tetapi kini pihak China memperlihatkan laluan ke hadapan.”

Satelit kuantum China yang dinamakan Micius sempena ahli saintis China abad ke-5 – berlepas dari pusat pelancaran satelit Jiuquan di wilayah Gansu pada 16 Ogos. – AFP
Satelit kuantum China yang dinamakan Micius sempena ahli saintis China abad ke-5 – berlepas dari pusat pelancaran satelit Jiuquan di wilayah Gansu pada 16 Ogos. – AFP

Perhubungan kuantum menggunakan zarah subatomik bagi menjamin perhubungan antara dua tempat.

Seorang penggodam yang cuba menggodam mesej mengubah bentuknya dalam cara yang akan memberi amaran kepada penghantar dan mengakibatkan mesej diubah atau dipadamkan.

Para penyelidik di seluruh dunia berjaya menghantar mesej kuantum melalui darat. Tetapi rangkaian berasaskan satelit sebenar akan memungkinkan menghantar mesej berkod dengan cepat di seluruh dunia dan membuka laluan bagi kemungkinan penggunaan lain teknologi.

Keselamatan siber telah menjadi tumpuan utama dalam beberapa tahun kebelakangan bagi China, yang mewujudkan peraturan yang bertujuan membatasi teknologi yang diimport dari AS selepas pendedahan Edward Snowden tentang pengawasan meluas oleh AS menerusi penggunaan perisian Amerika.

China sebaliknya berulang kali dituduh oleh AS menggodam sistem komputer untuk mencuri rahsia dan maklumat komersial yang boleh membahayakan keselamatan kebangsaan Amerika. China menolak tuduhan bahawa ia menjalankan program penggodaman yang ditaja kerajaan dan berkata itu adalah antara mangsa tertinggi jenayah siber.

Pesanan kuantum boleh menjadi pertahanan besar daripada penggodam dan mempunyai aplikasi dari perhubungan tentera dan kerajaan kepada membeli belah secara online.

Cabaran terbesar, menurut Ling, dapat menyesuaikan satelit dengan ketepatan ke lokasi di Bumi yang mana ia boleh menghantar dan menerima data tanpa terjejas oleh sebarang gangguan dalam atmosfera bumi. Keputusan ujian China akan secara dekat diawasi oleh pasukan penyelidikan lain, ujarnya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA