China lancar satelit pemerhati canggih

China lancar satelit pemerhati canggih

BEIJING, 29 Dis – China melancarkan roket ke-19 tahun ini hari ini, menghantar satelit pemerhati paling sofistikatednya ke ruang orbit Bumi paling tinggi.

Roket pengangkut Long March-3B membawa satelit Gaofen-4 berlepas sejurus selepas tengah malam hari ini dari pusat angkasa lepas Xichang di wilayah barat daya Sichuan. Ia adalah penerbangan roket Long March ke-222, lapor media kerajaan.

‘Gao fen’ bermaksud ‘resolusi tinggi’ dalam Bahasa Inggeris, dan kamera Gaofen-4 boleh mengambil gambar tangki minyak di lautan, lapor agensi berita Xinhua.

Siri pertama daripada tujuh, Gaofen-1 telah dilancarkan pada April 2013. Yang kedua terakhir dijangka akan berada dalam orbit menjelang 2020, menurut Xinhua.

Gaofen-1 dan Gaofen-2 mengelilingi kira-kira 600 hingga 700 km di atas planet, sementara Gaofen-4 berada pada ketinggian segerak orbit Bumi kira-kira 36,000km.

Ia menyalurkan pemerhatian Hampir-Waktu-Sebenar bagi pencegahan dan bantuan bencana, pemantauan perubahan iklim, pemetaan geografi, peninjauan sumber dan alam sekitar, serta sokongan pertanian yang lebih tepat. – dpa