China luaskan insurans perubatan

China luaskan insurans perubatan

BEIJING, 2 Ogos (Reuters) – China akan meluaskan insurans perubatan untuk melindungi semua penyakit kritikal bagi semua penduduk bandar dan luar bandar menjelang akhir tahun ini, menurut kabinet hari ini, langkah terbaru dalam rancangan untuk memperbaiki sistem penjagaan kesihatan yang telah mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai.

Majlis Negara berkata 50 peratus kos perubatan akan dilindungi oleh insurans dalam usaha untuk ‘lebih berkesan mengurangkan bebanan perbelanjaan perubatan,” dalam satu kenyataan yang hantar ke laman sesawang kerajaan.

Kerajaan Presiden Xi Jinping telah memperlihatkan laluan kepada penjagaan kesihatan yang mampu diperolehi sebagai asas penting pentadbiran beliau, menekankan pentingnya memenuhi keperluan hampir 1.4 bilion rakyat, kebanyakan mereka kerap merungut perbelanjaan di luar kemampuan disebabkan tahap rendah perlindungan insurans.

Ramai orang berkata kos penyakit serius seperti kanser dan diabetes boleh mengakibatkan keluarga jatuh muflis di bawah sistem pada masa ini.

Tujuan meluaskan insurans kesihatan ialah untuk mengurangkan kemiskinan akibat penyakit’ dan untuk membina sistem mantap penjagaan kesihatan universal, menurut Majlis Negara.

Sejak 2009, China telah membelanjakan 3 trilion yuan bagi pembaharuan penjagaan kesihatan, tetapi sistem masih bergelut dengan kekurangan doktor, serangan pesakit ke atas kakitangan perubatan dan pasaran runcit dan pengagihan ubat yang berselerak.

ARTIKEL YANG SAMA