China lulus projek empangan, jambatan

China lulus projek empangan, jambatan

BEIJING, 18 Ogos – Pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi hari ini bertemu dengan perdana menteri China, membincangkan projek empangan yang tertangguh dan prospek pembinaan sebuah jambatan berhampiran sempadan bersama negara itu.

Lawatan luar negeri utama dan pertama Suu Kyi sejak pentadbirannya berkuasa pada Mac menunjukkan ‘kerajaan Myanmar dan anda sendiri memberikan perhatian besar kepada hubungan China-Myanmar’, kata Li Keqiang pada permulaan rundingan di Beijing, menambah: “China meluluskan perkara ini.”

Myanmar melihat jiran besarnya itu – dan rakan perdagangan terbesar – sebagai tumpuan perhatian dasar asing terbesarnya.

Projek empangan Myitsone bernilai AS$3.6 bilion yang tidak dibekukan – telah tertangguh sejak 2011 – adalah satu keutamaan buat China – sementara para pegawai berkata Suu Kyi berusaha mendapatkan kerjasama Beijing bagi rundingan perdamaian dengan kumpulan bersenjata yang beroperasi berhampiran sempadan yang dikongsi negara itu.

Aung San Suu Kyi (dua, kiri) dan Li Keqiang (dua, kanan) menyaksikan majlis penandatangan persetujuan daripada delegasi dari China dan Myanmar di Great Hall of People di Beijing pada 18 Ogos. – AFP
Aung San Suu Kyi (dua, kiri) dan Li Keqiang (dua, kanan) menyaksikan majlis penandatangan persetujuan daripada delegasi dari China dan Myanmar di Great Hall of People di Beijing pada 18 Ogos. – AFP

Beijing memainkan peranan penting dalam melindungi pemerintah bekas junta Myanmar daripada kecaman antarabangsa ketika Suu Kyi, kini Penasihat Kerajaan, menderita selama bertahun-tahun di tahanan rumah sebagai aktivis demokrasi.

Pada ketika itu Myitsone dilihat sebagai lambang dominan ekonomi China ke atas Myanmar. Pada 2011 sebuah kerajaan kuasi-awam membatalkan projek itu – yang asalnya direka untuk membekalkan hampir keseluruhan elektriknya ke China – dalam satu langkah mengejutkan selepas bantahan penduduk tempatan.

Kedua-dua rundingan empangan dan sempadan itu dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin, beritahu Naib Menteri Luar Negeri China, Liu Zhenmin kepada wartawan. – AFP