China luluskan undang-undang keselamatan negara

China luluskan undang-undang keselamatan negara

BEIJING, 1 Julai (AFP) – China hari ini meluluskan berbagai-bagai undang-undang keselamatan kebangsaan baru, yang meluaskan jangkauan undang-undangnya ke atas Internet dan malah angkasa lepas ketika kebimbangan semakin bertambah tentang had ke atas hak asasi kemanusiaan yang malah lebih ketat.

Jawatankuasa tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) telah meluluskan perundangan itu dengan 154 undi berbanding kosong dengan seorang tidak mengundi, menurut para pegawai di Dewan Besar Rakyat di Beijing.

Sejak Presiden Xi Jinping mengambil alih pucuk pimpinan, parti memerintah, Parti Komunis telah menyelia pelbagai tindakan ke atas aktivis, manakala kekacauan berkaitan rantau Xinjiang yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam, semakin teruk dan merebak.

“Situasi keselamatan kebangsaan China semakin teruk,” kata pegawai kanan NPC, Zheng Shuna.

China tertekan supaya mengekalkan pemerintahan negara dan pada waktu yang sama menangani ‘keselamatan politik dan keselamatan sosial, sementara menangani masyarakat dalam,” katanya.

Ia tidak akan ‘meninggalkan sebarang ruang bagi pertikaian, kecurigaan dan campur tangan’ apabila melindungi teras kepentingannya, tambahnya.

Perundangan ini berbagai-bagai dan diungkapkan dalam syarat-syarat menyeluruh, dengan beberapa butiran sebenar. Misalnya, hukuman ke atas mereka yang menyalahinya tidak dinyatakan.

Undang-undang itu berikrar akan “melindungi kepentingan asas rakyat”, lapor agensi berita rasmi Xinhua, termasuklah “pemerintahan, perpaduan, integriti wilayah dan pembangunan berterusan.”

Ia meletakkan ruang siber dan angkasa lepas di bawah naungan keselamatan negara di samping kedalaman laut dan rantau kutub, yang mana Beijing telah meluaskan kegiatan tinjauannya.

Internet yang diletakkan di bawah penapisan ketat di China”‘adalah kemudahan infrastruktur penting negara,” kata Zheng, dengan menambah kata pemerintahan Beijing ke atasnya seharusnya ‘dihormati dan dikekalkan’

Undang-undang baru memberikan asas undang-undang bagi ‘pengurusan kegiatan Internet ke atas wilayah China dan menolak kegiatan yang menjejaskan keselamatan ruang siber China, tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA